Pemberitahuan

Dengan tegas kami ingin nyatakan kaedah rawatan kami hanya melibatkan diri peserta semata-mata. Kami tidak akan melibatkan pihak lain di dalam memenuhi sesuatu maksud melalui terapi ini. Semua doa yang dibaca tidak akan disebut atas nama-nama individu tertentu. Sebaliknya ia dibaca untuk kegunaan umum. Dalam hubungan masalah rumahtangga kami tidak akan melibatkan diri bagi mengenakan satu pihak yang lain. Kami mengecualikan diri kami sama sekali mencampuri urusan peribadi peserta. Kami tidak mengamal ilmu pengasih dan penunduk. Ilmu kasih yang kami guna agar peserta kami disenangi umum bagi kejayaan kerjaya mereka di dunia dan di akhirat. Kami tidak akan mengambil gambar atau benda lain yang berkaitan dengan mereka yang ada hubungan dengan peserta kami.

Kami melarang institusi kami melibatkan dengan individu yang tidak mengambil rawatan kami. Sebarang tohmahan fitnah dan tuduhan yang tidak diturut sertakan bukti yang kukuh,lagi nyata boleh membawa kepada kami mengambil tindakan undang-undang yang melibatkan sehingga RM 1,000,000. Kami wartakan perkara ini di sini sebagai undang-undang yang perlu diakur oleh setiap peserta. Kami tidak perlu melayan mana-mana pertanyaan atau aduan mereka yang ada hubungan dengan peserta kami. Mereka yang mewakili para peserta kami diklasifikasikan sebagai individu yang tidak ada kaitan dengan kami. Tindakan mereka dengan menggunakan peserta kami untuk menyampaikan hasrat mereka adalah dianggap satu fitnah dan mereka boleh disaman sebanyak RM 1,000,000. Setiap peserta hendaklah membaca semua maklumat di dalam borang yang disediakan terlebih dahulu sebelum menurunkan tandatangan.

Orang ramai yang berminat juga dialu-alukan menyertai Persatuan Seni Silat Ilmu Solat 7 Jajahan Diraja sebagai aktiviti beriadah dan bersenam yang bakal diajar oleh guru-guru tempatan dan yang tersohor serta terkenal dari Indonesia.

Setap peserta mestilah hadir ke sesi kaunseling dengan bayaran RM40 untuk 15 minit. Segala maklumat mengenai diri mereka dan masalah mereka adalah sulit sama sekali sehingga tidak ada orang ke-2 walaupun dalam syarikat ini yang dibenarkan untuk mendapatkan maklumat tersebut. Jika anda benar-benar ingin berubah dan berminat untuk pulih dara janganlah anda segan dan malu. Kami berani beri jaminan orang lain tidak akan tahu apa tujuan anda berurusan dengan kami. Bagi mereka yang belum berumah tangga tetapi pernah terlibat dalam menggugurkan bayi juga boleh mendapatkan rawatan ini. Setiap peserta hendaklah sedar tentang perbuatan dosa dan pahala. Kami menyediakan peluang ini sebagai satu cara untuk mereka kembali ke pangkal jalan bukan untuk mereka terus leka dengan perbuatan ini kerana mereka sudah ada cara memulihkan semula. Kami tidak akan melayan individu yang ingin menyalahgunakan peluang ini menjadi semakin liar untuk memuaskan nafsunya. Pasang niat yang betul kerana Tuhan dan jangan terus kekal dengan cara hidup lama. Kami tidak akan melayan jika ada individu yang ingin menyalahgunakan peluang ini.

Maklumat Tambahan
  • Anda perlu dapatkan temu janji untuk sesi kaunseling selama 15 minit. Bayaran RM40 akan dikenakan untuk sesi kaunseling bagi setiap seorang.
  • Kami tidak mampu melayan mereka yang gagal mendapat temu janji.
  • Jika anda tidak memerlukan bantuan ini, sila panjangkan maklumat ini pada kenalan anda.
  • Kami tidak akan terlibat sama sekali dalam apa jua perkara yang dilarang oleh tuhan. Kami dengan tegas ingin nyatakan kami tidak akan terlibat dalam permasalahan yang melibatkan suami isteri dan madu dan masalah keluarga.
  • Kami hanya menawarkan perkhidmatan untuk masalah diri peserta semata-mata dan tidak melibatkan orang lain.

No comments:

Post a Comment